Produk tenusu Masakan Zaman Pertengahan

Menyediakan dan menghidangkan keju; Tacuinum Sanitatis, ilustrasi abad ke-14.

Susu adalah suatu sumber protein yang penting bagi mereka yang tidak mampu membeli daging. Sebahagian besar susu berasal dari lembu, namun yang berasal dari kambing dan biri-biri juga biasa ditemui. Susu segar kosong tidak diambil oleh orang dewasa selain orang miskin atau orang sakit, dan biasanya disediakan untuk orang yang sangat muda atau lanjut usia. Orang dewasa yang miskin kadang kala minum susu mentega, whey, atau susu yang sudah masam atau cair.[57] Susu segar secara keseluruhan kurang biasa berbanding produk tenusu kerana minimumnya teknologi yang boleh mengekalkan susu supaya tidak rosak. Sesekali susu digunakan di dapur masyarakat kelas atasan dalam stu, namun sukar untuk menjaganya tetap segar dalam jumlah banyak dan sebagai gantinya biasa digunakan susu badam.[58]

Keju jauh lebih penting sebagai sebuah bahan makanan, terutama bagi rakyat biasa, dan telah disyorkan bahawa keju adalah pembekal protein yang utama bagi masyarakat kelas bawahan semasa pelbagai tempoh.[59] Banyak jenis keju yang diambil ketika ini, seperti keju Edam Belanda, keju Brie Perancis Utara, dan keju Parmesan Itali, telah ada dan sangat terkenal pada akhir abad pertengahan. Ada juga keju whey, seperti ricotta, yang merupakan produk sampingan daripada pengeluaran keju yang lebih keras. Keju digunakan dalam pembuatan pai, dan sup yang kemudian menjadi pelbagai makanan biasa di daerah berbahasa Jerman. Mentega, produk tenusu lain yang juga penting, telah popular penggunaannya di kawasan Eropah Utara yang mengkhususkan diri dalam penternakan lembu pada separuh kedua abad pertengahan, yakni di Negeri-Negeri Pamah dan Scandinavia Utara. Walaupun sebahagian besar kawasan lain menggunakan minyak atau lemak babi sebagai lemak untuk memasak, mentega merupakan satu cara memasak yang dominan di daerah-daerah ini. Pengeluarannya juga membolehkannya menjadi sebagai suatu komoditi eksport yang menguntungkan sejak abad ke-12 dan seterusnya.[60]

Rujukan

WikiPedia: Masakan Zaman Pertengahan http://www.sca.org.au/cockatrice/uploads/issue21_p... http://www.kbr.be/~socboll/P-analecta2010.php http://www.godecookery.com/how2cook/howto08a.htm http://books.google.com/books?id=d1GnwwmfvC8C&pg=P... http://books.google.com/books?id=oVJU6ruH7SIC&pg=P... http://www.medievalcookery.com/ http://www.pbm.com/~lindahl/cariadoc/miscellany.ht... http://www.cs.cmu.edu/~pwp/tofi/medieval_english_a... http://people.eku.edu/resorc/Medieval_peasant_diet... http://www.engr.psu.edu/MTAH/articles/pdf/daily_br...